SAVE THE WORLD!!!!

MULAKAN LANGKAH UNTUK MENYELAMATKAN DUNIA DISINI...

Monday, June 22, 2009

kenapa guna bekas makanan polystrene? kan tupperware ada...

salam,

mesti semua orang kenal bekas polystrene yg hari2 kite guna masa beli makanan kan? tapi tahu ke kite bahawa polystrene bukan sahaja tidak elok untuk alam sekitar tetapi akan beri kesan jangka panjang kepada kesihatan penggunanya.

saya rasa kagum apabila USM telah mengharamkan penggunaan bekas makanan polystrene atau mereka gelarkan white coffin. satu2nya universiti yg menggunakan bekas makanan dari daun pisang & fiber.. ECOPACK... Bekas ECOPACK ini akan menggantikan penggunaan Polystyrene dan lebih sustainable kerana tidak menjejaskan kesihatan pengguna dan mesra alam. bagi pelajar2 senior di USM mmg sudah jadi kebiasaan membawa tupperware atau bekas makanan bile nak beli makanan di kantin.

saya rase amalan ini sepatutnya dipraktikan bukan sahaja di universiti malahan juga di tempat kerja. saya percaya amalan baik seperti ini dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.. seperti apa yg dikatakan abby fana kat radio sinar "kite bukan mewarisi bumi nie dari ibu-bapa kite tetapi kite meminjamnyer dari anak2 kite"
wasssalam

NORAZIAN ZAINAL

No comments:

Post a Comment